Ingatan untuk diriku dan semua…
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
“Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik,” kata Hasan al-Banna.
We Will Never Go Down (GAZA)
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
Boikot??
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
Sudah lama tidak blogging… jari jemari ini mula rindu untuk menaip mengisi ruang dalam blog ini..
Sekarang kita asyik mendengar perkataan boikot… di sini saya ingin berkongsi satu artikel utk membuka mata masyarakat kita semua.
Apakah kesannya sekira kita boikot…
Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan
meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?
Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan
operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka
memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara
Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa
pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti
perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita
seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi
sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.
Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia
Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot.
Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik
perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan
tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran
Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman
dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang?
ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di
negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih
menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara
dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan
syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik
tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran
syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng
McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix
Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak
rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif
produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita
beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
Apakah usaha ini akan berjaya?
Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan
teruk akibat boikot - McDonald’s.
McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund
(JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh
ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel;
memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media
berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah
Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel
Chamber of Commerce and Industry.
Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia
Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha
boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup
kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar
jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan
pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa
Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran
McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah
restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan
membawa kerugian sebayak USD350juta.
Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan
tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil,
yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha
boikot ini.
Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan
produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan
kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002.
Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil
kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari
tugasan mereka di daerah Palestin.
Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel”
dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon
akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan
pelanggan yang prihatin.
Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim
Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama
memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di
US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak
meneruskan perniagaan dengan Israel.
Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel,
sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang
terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan
lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot
kepada syarikat yang terlibat.
sama-sama lah kita fikirkan isi yang tersirat di sebalik artikel ini…
Perkara Remeh
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
Cuba kita perhatikan perjalanan hidup manusia. Ada yang dalam kesedihan pagi dan petang. Terkadang kesedihan mereka hanya disebabkan berselisih dengan orang sekeliling mereka. Setiap pagi dan petang ada sahaja terdengar kata-kata yang tidak enak dan terlihat sikap yang tidak menyenangkan. Ini semua pada dasarnya merupakan musibah besar bagi manusia seperti itu. Kebanyakan aktiviti yang mereka lakukan tidak berdasarkan motivasi dan niat.
Renungkanlah kembali hal-hal yang selama ini telah kita pentingkan dalam hidup kita, atau yang telah membuat kita resah setiap saat. Adakah semuanya itu layak diberi perhatian dan menjadi sedemikian besar dalam hidup kita? Mengapa kita rela mengorbankan fikiran, ketenteraman dan juga waktu hanya untuk masalah dan persoalan remeh itu? Maka tinggalkanlah perkara yang tidak penting itu. Percayalah kita akan merasa sebahagian besar kesedihan kita selama ini lenyap dan yang tersisa hanyalah kesenangan dan kegembiraan.
Song For A Friend
Posted by Waneey | Filed under myFriendship
Song For A Friend
Well you’re magic he said
But don’t let it all go to your head
Well I bet if you all had it all figured out
Then you’d never get out of bed
No doubt
All the thing’s that I’ve read what he wrote me
Is now sounding like the man I was hoping
To be
Keep on keeping it real
Cause it keeps getting easier indeed
He’s the reason that I’m laughing
Even if there’s no one else
He said, you’ve got to love yourself
You say, you shouldn’t mumble when you speak
But keep your tongue up in your cheek
And if you stumble on to
You better remember that it’s humble that you seek
You got all the skill you need,
Individuality
You got something
Call it gumption
Call it anything you want
Because when you play the fool now
You’re only fooling everyone else
You’re learning to love yourself
Yes you are
There’s no price to pay
When you give and what you take,
That’s why it’s easy to thank you
You…
Let’s say take a break from the day
And get back to the old garage
Because life’s too short anyway
But at least it’s better then average
As long as you got me
And I got you
You know we’ll got a lot to go around
I’ll be your friend
Your other brother
Another love to come and comfort you
And I’ll keep reminding
If it’s the only thing I ever do
I will always love
I will always love you
Yes you
I will always, always, always, always love
I will always, always love
I will always, always love, love
Climb up over the top.
Survey the state of the soul.
You’ve got to find out for yourself whether or not you’re truly trying.
Why not give it a shot?
Shake it. Take control and inevitably wind up
Find out for yourself all the strengths you have inside of you.