08 AugHari ini adalah milikmu

Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan sendiri, dengan kebahagiaan dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup gembira.

Hari ini adalah milikmu” iaitu apabila hari ini kita dapat rasa kebahagiaan, maka pakah kita masih berfikir tentang kesedihan dan kedukaan hari yang lalu?

Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelam lah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menagisi pemergianmu dan kamu tak akan melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi.

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.


Leave a Reply