“Let’s get busy”. Satu kata hikmah yang boleh kita kongsi bersama makna disebaliknya.
Ayuhlah kita usir kekosongan dengan kesibukan. Pernahkah apabila kita tidak melakukan sesuatu kegiatan atau tugas, pada mulanya kita mungkin gembira kerana tiada beban kerja atau tugas yang perlu kita lakukan, tetapi tahukah kita sebenarnya kita terpaksa bersiap sedia untuk bersedih, gundah dan cemas. Dalam keadaan kosong, fikiran kita akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan masa depan yang belum kita alami.
Membiarkan diri dalam kekosongan sama halnya dengan membunuh diri dan merosakkan jiwa. Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan. Maka inilah masanya kita melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. Janganlah kita diibaratkan tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.







