Berhikmah

Lidah tidak bertulang. Berhati-hati lah kita dalam setiap ungkapan atau patah perkataan yang diucapkan.

Lidah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahguna, maka diibaratkan jadi racun berbisa. kerana silap tutur kata, boleh mengakibatkan dan membawa kepada kerosakan besar.

Tutur kata yang mengandungi hikmah dan cara yang bijaksana akan mengeratkan ukhwah dan persaudaraan. Seharusnya kita berhikmah dalam bertutur dan bijak dalam tindakan.

p/s: Renung-renungkan lah tutur kata kita sebelum ini. Andai kita pernah melukakan hati seseorang, segeralah meminta maaf darinya. Cubalah untuk mengelak dari melukakan hatinya lagi.

Saya juga ingin meminta maaf andai selama ini pernah mengguris hati sesiapa. Tiada niat dihati untuk bermusuh dengan sesiapa. =)

Leave a Reply