Perkara Remeh

Cuba kita perhatikan perjalanan hidup manusia. Ada yang dalam kesedihan pagi dan petang. Terkadang kesedihan mereka hanya disebabkan berselisih dengan orang sekeliling mereka. Setiap pagi dan petang ada sahaja terdengar kata-kata yang tidak enak dan terlihat sikap yang tidak menyenangkan. Ini semua pada dasarnya merupakan musibah besar bagi manusia seperti itu. Kebanyakan aktiviti yang mereka lakukan tidak berdasarkan motivasi dan niat.
Renungkanlah kembali hal-hal yang selama ini telah kita pentingkan dalam hidup kita, atau yang telah membuat kita resah setiap saat. Adakah semuanya itu layak diberi perhatian dan menjadi sedemikian besar dalam hidup kita? Mengapa kita rela mengorbankan fikiran, ketenteraman dan juga waktu hanya untuk masalah dan persoalan remeh itu? Maka tinggalkanlah perkara yang tidak penting itu. Percayalah kita akan merasa sebahagian besar kesedihan kita selama ini lenyap dan yang tersisa hanyalah kesenangan dan kegembiraan.

Leave a Reply