
“Perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.”
Agaknya dalam 2 bulan lalu seorang sahabatku telah memberitahu akan kewujudan novel ini namun aku hanya mendengar. Tetapi lain pula sejak akhir-akhir ini aku terpanggil untuk mencari buku ini di kedai buku. Jelas ianya tidak sia-sia dan aku sangat berpuas hati.
P/S : Mampukah aku mendapat cinta itu? Dan mampukah aku sekadar terus menunggu begini? Untuk mendapat cinta yang paling tinggi sangatlah susah bagiku kerana aku adalah manusia biasa. Sebagai hamba yang sering berjanji kepada penciptaNya, aku akan cuba melakukannya. Aku akan melakukannya. Ya Allah tetaplah pendirianku.








