Sedarkah kita dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa kita gembira dan menyenangkan hati. Namun berhati-hati jangan pula senyuman kita itu adalah senyuman sinis dan sombong.
Tampilkanlah wajah yang tenang, berseri dan elok mata memandang sehingga ianya menyenangkan orang yang memandang. Dan sebaliknya jika muka kita sedih dan muram ianya adalah cermin dari jiwa yang kacau, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk. Tidakkah itu membuat orang sekeliling tidak senang pabila mereka memandang kita?
Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak lahir dari hati yang tulus. Raut wajah seseorang gambaran kepada keadaan jiwanya. Maka tidak akan nampak keindahan pada orang yang jiwanya tidak tenang dan hatinya kotor.
Jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha untuk mengatasinya. Jika kita inginkan senyuman, tersenyumlah terlebih dahulu kerana senyuman itu adalah cermin peribadi kita. =)








