Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Namun ikhlaskah kita dalam memberi sesuatu? Atau hanya sekadar menunjuk-nunjuk? Cuba kita tanya diri sendiri sejauh manakah keikhlasan kita untuk menghulurkan bantuan atau apa sekali pun kepada orang yang memerlukan.
Apabila sahabat yang kita rapat meminta pertolongan dari kita, adakah kita segera menghulurkan bantuan atau berdolak dalih dengan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri darinya? Terpulanglah sejauh mana rapatnya kita dengan sahabat kita. Namun pernahkah kita melalui situasi di mana sahabat yang pernah kita tolong itu lupa akan budi yang kita taburkan untuknya sesudah dia senang?
Sebenarnya keikhlasan itu bukan hanya dari pemberi tetapi harus lahir dari penerima. Andai penerima itu ikhlas, dia takkan lupa jasa pemberi. Bukan untuk mengungkit tetapi perlu ada timbal balik antara kedua-dua pihak.
p/s : apabila kita aniaya seseorang, suatu hari nanti orang lain pula akan aniaya kita.








