Semalam adalah Sabtu yang sangat tidak bermaya. Sangat tiada perasaan apabila bekerja di hari Sabtu. Masuk pukul 8.00 pagi sudah mengira saat-saat untuk ke pukul 5.00 petang. Sungguh tak patut aku jadi macam ni. Tapi kerja tetap kerja.
Hari ini adalah Ahad yang memuaskan hati. Perancangan untuk menukar cermin mata baru telah tercapai. Tunggu sahaja 3 hari berikutnya, siaplah cermin mata baruku. Sambil menyelam minum air. Merayau-rayaulah aku sekitar Queensbay sambil window shopping. Tiba-tiba perut yang tidak ku isi dari pagi tadi mula memberi amaran untuk aku mencari sesuatu untuk dimakan. Maka aku singgah di McDonald. Setelah selesai memesan apa yang ingin dimakan, aku mencari-cari tempat untuk makan dengan tenang. Kerusi dan meja semuanya penuh. Jauh di sudut dinding sana terdapat satu meja yang agak sesuai untuk aku yang hanya seorang diri. Tanpa berfikir panjang terus aku melangkah ke situ. Dalam keadaan hiruk pikuk dengan pelanggan-pelanggan lain yang juga mencari-cari tempat duduk, aku dengan selesanya menjamah makanan yang ada di depan mata. Sambil makan sambil aku meng’update‘ status di Facebook. Tiba-tiba seorang lelaki india dan anak kecilnya yang mungkin berumur dalam lingkungan 7 tahun, berdiri di depan meja aku. Meja di depan aku yang belum dibersihkan oleh krew McDonald menjadi halangan untuk dia dan anaknya duduk di situ. Dalam beberapa saat, datang krew McDonald datang membersihkannya. Namun masih lagi menjadi halangan untuk dia kerana tiada kerusi. Nasib baik la di meja aku masih lagi ada satu kerusi kosong, maka aku menawarkan kerusi tersebut kepadanya. Dengan sifat kebapaanya, dia memberikan kerusi itu kepada anak kecilnya untuk duduk dan makan. Dia masih berdiri di situ dan sambil mencari-cari lagi kerusi di sekitar itu. Beberapa minit kemudian, dia berjaya dapatkan kerusi setelah ada pelanggan di situ yang baru sahaja beredar keluar. Aku kembali menghabiskan Spicy Chicken McDeluxe.
Tiba-tiba sekali lagi lelaki itu bangun dari kerusinya dengan membawa air coca-cola keluar dari McDonald. Anak kecilnya masih lagi berada di depan meja aku. Agak pelik juga aku rasa. Tapi rupa-rupanya air tersebut diberinya kepada seorang cleaner lelaki yang berada tidak jauh dari situ.
“Baiknya. Sanak saudara dia kot.”
Tapi rasanya andai masyarakat kita punya hati yang tulus membantu dan berbuat baik tanpa mengira siapakah orang yang bakal dibantu, keikhlasan itu lagi terserlah.
Setelah selesai makan, aku menuju ke tempat yang sangat aku suka ‘bau’nya.
Borders. Tempat yang sangat aku suka. ‘Bau’ buku-buku di situ buat aku rasa tenang.
“Buku apa yang nak aku cari?”
Tiba-tiba mata aku ternampak satu tajuk buku yang menjadi antara cadangan buku dari pengarang Aku Terima Nikahnya. Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray. Terus aku capai dan masih tidak puas hati dengan hanya sebuah buku sahaja. Teringat akan tekanan kerja yang aku alami dalam beberapa minggu ini, aku mencari buku yang boleh menyelesaikan masalah yang menjadi antara punca tekanan tersebut. Satu demi satu buku aku belek dan agak lama juga aku memilih buku apa yang sesuai. Akhirnya ternampak tajuk Dealing With Difficult People. Disebabkan asyik berhadapan dengan bermacam-macam kerenah manusia, maka buku kedua yang kucapai. Aku cari lagi yang berkaitan dengan kerja. Bukan aku tak minat dengan kerja aku. Tapi silibus yang diajar kepada pelajar lebih untuk mereka menghasilkan sesuatu yang kreatif. Jika aku nak pelajar aku kreatif, maka aku juga perlu kreatif. Satu lagi buku, Design Basics Index, yang mana ianya merupakan panduan untuk merekabentuk sesuatu dalam konsep kreatif.
Selesai sudah shopping, secara tak langsung juga duit mengalir bak air yang lalu. Pulang ke rumah dengan puas hati. Harap-harap aku dapat habiskan baca buku-buku tu dalam masa terdekat. Jangan jadi macam novel-novel yang setengah tahun disusun rapi atas meja, masih belum dihabiskan.
p/s : ucapan untuk diri sendiri; selamat membaca! dan juga selamat berjimat cermat! =)












