• Contact
  • Archives
  • Categories
  • Kompilasi Tiga Buku…

    2011 - 05.16

    “Aku Terima Nikahnya.”

    Kalau dulu aku kurang nak pandang buku macam ini. Bermula tahun lalu aku pernah tengok buku ni didatangkan dengan tiga rangkai, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Setiap kali aku ke kedai buku, aku hanya belek sahaja tanpa ada rasa keinginan untuk membelinya.

    Satu hari seorang kawan aku melangsungkan perkahwinannya, namun aku tak dapat hadir pada hari berbahagianya. Aku tercari-cari hadiah apa yang sesuai untuk aku kirimkan sebagai pengganti diri. Dalam masa yang singkat, nak shopping memang tak sempat. Maka aku mencari-cari hadiah yang boleh dibeli online dan direct post kepada kawanku itu. Akhirnya aku terfikir untuk membeli sebuah buku yang bertemakan kekeluargaan atas sebab kawanku yang bakal memulakan keluarga baru bersama suami tercinta. Dan terjumpalah buku “Aku Terima Nikahnya Edisi Istimewa.” Ketiga-tiga buku yang diterbitkan sebelum ni dikompilasikan dalam satu buku.

    Walaupun agak lewat buku tersebut sampai, tapi kawan aku cukup gembira dapat buku tersebut. Katanya dah lama dia cari buku ni. Dia amat berterima kasih kerana aku menghadiahkannya sempena hari perkahwinannya. Di sudut hati berkata,

    “Orang lain gembira dapat buku macam tu. Untuk diri sendiri taknak beli ke?”

    Cukup lama juga aku lupakan kisah pasal buku itu. Lebih kurang hampir setengah tahun. Mungkin juga aku masih terfikir-fikir apa yang aku cari sebenarnya. Sehinggalah beberapa minggu lepas aku bersama seorang kawan singgah di kedai buku. Rupanya dia juga mencari buku tersebut. Dengan kesungguhannya untuk membeli buku tu, aku pun turut sama membelinya. Lagi sekali terdetik dalam hati,

    “Orang beli, aku pun beli juga. Dah nak kahwin sangat ke aku ni?”

    Beberapa minggu aku beli buku itu, baru hari ini aku buka dan belek buku tersebut. Alhamdulillah, tiba-tiba sejuk hati bila membacanya. Berhenti sekejap untuk aku membuat entri baru berkongsi bersama kegembiraaan aku memiliki buku ini.

    p/s : pendek je entri ni, sebab tak sabar nak sambung baca “Aku Terima Nikahnya..”

    One Response to “Kompilasi Tiga Buku…”

    1. [...] mata aku ternampak satu tajuk buku yang menjadi antara cadangan buku dari pengarang Aku Terima Nikahnya. Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray. Terus aku capai dan masih tidak puas hati [...]

    Your Reply


    Effects Plugin made by Ares Download