Keresahan dalam diri datangnya dari masalah-masalah yang bersarang dalam fikiran. Namun andai datangnya satu masa yang mana kita diberi peluang untuk lupa seketika masalah-masalah itu, betapa rasa lega yang amat bak melepaskan beban yang berat digalas di bahu.
Aku sekarang tengah berkursus di KL. Tapi hujung minggu lepas sempat singgah sekejap di Maeps Serdang untuk membeli buku-buku yang dijual dengan harga yang teramat murah.
Pada mulanya aku jejak kaki melangkah masuk, sangat teruja dengan buku-buku yang banyak dan murah. Sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Satu demi satu aku kutip. Sehingga cukup satu kotak aku isi dengan buku-buku pilihan di hati.
Sebelum buku-buku itu dijadikan hakmilik, eloklah kiranya aku duduk sebentar dan buat pilihan buku mana yang benar-benar ingin aku beli tatkala ramai yang membelek-belek buku di tepi satu ruang seperti ruang membaca atau ruang menunggu.
Setelah berkira-kira, hanya empat buah buku sahaja yang menjadi pilihan terakhir dan telah menjadi hakmilik peribadi dan sedang berangan-angan untuk ada satu ruang mini perpustakaan di rumah kelak.
Tetiba teringat buku-buku yang menjadi hiasan bernilai di rumah yang telah jarang aku sentuh. Adakah buku-buku ini bakal menjadi mangsa seperti buku-buku yang lain? Tiada masakah aku untuk membaca buku?
Harap dapat habiskan buku-buku ini sebelum tahun ini berakhir. Moga dengan harapan ini dapatlah aku menambah lagi koleksi buku-buku.










