• Contact
  • Archives
  • Categories
  • Archive for the ‘myDailyLife’ Category

    I’m enjoying my work~


    2011 - 03.27

    Sejuk air-cond yang menyamankan ruang pejabat sudah cukup memberi keselesaan kepada empunya diri yang tidak perlu berpeluh-peluh seperti mereka yang terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari. Betul ke ada kerja yang tak memenatkan? Mungkin ada. Setakat duduk je dalam pejabat, sambil bersilang kaki, melayari facebook bila-bila masa, senangnya hidup mereka yang sebegitu ya?

    Sekarang sedikit sebanyak aku dah mula merasai pertambahan beban tugas yang harus aku tanggung. Tengok saja minggu ni, balik kerja penat, aku rehat sepuas-puasnya. Sudah tentu tidur awal menjadi kewajipan. Kepenatan badan dan otak yang digunakan 8 jam setiap hari.

    Cukup aku sedih dengan kisah semalam. Aku tak sempat menelefon mama untuk ucapkan ulangtahun kelahirannya. Disebabkan banyak kerja, masa itu bagaikan begitu suntuk. Sungguh aku kesal kerana waktu rehat panjang yang diperuntukan setiap hari Jumaat tidak aku gunakan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang menunggu panggilan anaknya. Ketika itu aku terlelap di kerusi ruang tamu rumah. Dalam keletihan dan perasaan yang terasa amat mengantuk, tiba-tiba terasa getaran telefon bimbit yang berada di sisi aku. Aku terus pejamkan mata. Aku menangkan tidur lagi daripada menjawab panggilan tu. Setengah jam kemudian aku tersedar. Dalam kekalutan terus aku bersiap untuk kembali kerja. Sempat aku lihat di telefon bimbit, rupanya mama yang menelefon aku. Aku bukan tak ingat tarikh tu, tapi aku tak sempat. Kebetulan pula petang itu ada mesyuarat agung kelab sukan dan kebajikan institut, maka niat untuk luangkan sedikit masa untuk mama tak dapat aku lakukan. Cuma aku sempat hantar sms pada mama meminta maaf atas kelalaian aku sebagai seorang anak. Setelah selesai mesyuarat, aku cuba hubungi mama namun, telefon bimbit mama pula baterinya lemah. Dengan aku yang sudah penat, terpaksalah aku telefon balik malam nanti. Malam tu juga aku lepaskan rindu aku pada mama. Dalam perbualan aku dengan mama, aku menangis kekesalan kerana buat mama tertunggu-tunggu panggilan aku.

    “Mama, maafkan anakmu ini…”

    Tangisan aku makin kuat walaupun perbualan aku dengan mama telah ditamatkan beberapa minit kemudian. Aku tutup tv dan lampu. Terus aku ke bilik merebahkan badan ke katil. Air mata masih lagi bercucuran. Sehingga aku terlelap dalam kerinduan aku pada mama.

    Sabtu kembali lagi. Mengikut perancangan, aku akan ke kenduri Siti. Kalau ikutkan hati niat nak menumpang orang je. Malas nak drive seorang ke sana. Mulanya nak pergi dengan Kak Norli, tapi tak dapat sebab dia akan balik terus dengan suaminya. Memang aku terpaksa tanya Idzal dan Rahim untuk tumpang mereka. Akhirnya ada juga orang yang nak menumpangkan aku. Hujan tak henti-henti dari pagi. Tengahari tu kami bertolak ke kenduri Siti. Agak segan sebenarnya untuk ke kenduri tu, maklumlah kenduri di pihak lelaki. Sampai je, entah pada siapa nak kami tuju. Akhirnya jumpa juga mak mertua Siti. Memang agak janggal sebab tiada yang kami kenal. Dalam kami menikmati hidangan, barulah terserempak Encik Azhar, seorang kakitangan institut bersama isteri dan anak-anaknya yang baru sahaja sampai. Setelah selesai semuanya, kami niat nak pulang je tapi dalam berborak dengan Encik Azhar, dia kata ada banyak CD pirate untuk software dekat kompleks BJ. Maka, kami singgah kat situ dulu sebelum balik rumah. Merayau-rayaulah kami sekitar kompleks tu. Boleh tahan banyak juga CD kat situ. Sebelum balik, Rahim sempat juga beli CD games. Aku dan Idzal pulang dengan tangan kosong. Bukan tak nak beli, tapi bila fikirkan laptop kesayangan aku ni, kesian dia nanti tak larat nak support software yang aku nak install tu nanti. Akhirnya tepat 4 petang kami selamat sampai di rumah.

    Panjangnya entry kali ni. Dah lama duk tunggu-tunggu saat nak berblog. Nak luahkan segala-galanya yang dilalui sepanjang minggu ni. Eh, lupa pula nak selitkan cerita hari Rabu lalu aku pergi outdoor shooting bersama pelatih-pelatih. Kali pertama aku cuba menggunakan digital SLR camera. Sangat-sangat seronok. Antara manfaatnya, dapat kembangkan idea pelatih tidak hanya bertumpu di makmal dan kelas sahaja. Juga dapat eratkan hubungan pengajar dan pelatih. Kepenatan kami bershooting pada hari tu adalah tidak sia-sia.

    p/s : Kerja mesti enjoy barulah tak stress. Betul tak?

    Monolog


    2011 - 03.16

    “Adakah aku tertipu? Bodoh agaknya aku ni.”

    Detik hatinya seorang diri. Padahal pengalaman lalu sudah memberi pengajaran yang cukup perit untuk dirinya.

    “Oh Tuhan, kuatkan semangatku.”

    Ditariknya nafas, menelan segala pahit dugaan yang sedang dilaluinya. Difikirnya kembali, kenapa dia kini kembali lemah? Mana hilangnya sifat keras hati yang dipupuknya selama dua tahun lalu yang telah mengajarnya erti kehidupan?

    “Sia-sia saja sokongan dari kawan-kawan yang telah buat kau jadi keras hati tapi kini kau kembali lemah.”

    Dilepasnya marah pada diri sendiri. Hatinya bagai dicincang-cincang. Hancur dan tak mampu berkata-kata.

    “Aku cuba tanam benih-benih kemesraan dan kepercayaan. Tapi jangan kau taburkan baja-baja penipuan yang berselindung disebalik alasan-alasan yang kau bagi.”

    Merah matanya bagaikan dicucuk-cucuk jarum tajam yang menusuk ke saraf mata. Lama-kelamaan bebola air jernih bertakung dihujung kelopak mata. Sehingga ianya jatuh bercucuran membasahi pipi.


    “Ampunkan daku oh Tuhan. Aku redha dengan dugaan ini. Kuatkanlah semangat untuk aku lalui dengan tabah seperti mana Kau berikan aku nikmat sabar dalam aku menempuh hidup dua tahun lalu.”

    Setelah berwuduk, kini api kemarahannya kembali tenang. Disujudnya sepuas-puas mohon petunjuk dan moga diampunkan dosanya yang melampau mengikut emosi.

    p/s : hehe..best tak intro untuk buat novel..dah lama tak berkarya..berkarat dah idea ni..

    Monday Morning~


    2011 - 03.14

    “Selama mata terbuka..
    Sampai jantung tak berdetak..
    selama itu pun..
    aku mampu tuk mengenangmu..”

    Balik dari Kuala Langat, malas pulak nak pergi kerja. Bangun dari tidur, aku celik mata, rupanya hari ini pagi Isnin yang ceria. Tapi aku, termenung tak sudah-sudah. Nak pergi kerja ke tak? Kalau perasaan malas dah tertanam dalam hati dari Jumaat lalu lagi, maka kalau aku pergi jugak agaknya tak boleh tumpu pada kerja jugak pun. Kesimpulannya, tak payah pergi kerja la ye. Hehe..

    Alamak, aku terlupa sesuatu. Duhai incik berbaju putih, kenapalah waktu ni jugak la u nak saman i. Bila agaknya nak pergi bayar saman ni? Lagi dua minggu baru dapat gaji. Melayang lagi duit aku. Makan megi la jawabnya.

    Dalam duk termenung tu, TV ni tak sudah-sudah tayang trailer Hikayat Merong Mahawangsa. Satu filem yang boleh dikatakan akan menjadi kebanggaan Malaysia, filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang menggunakan kesan khas visual (CGI). Tahniah pada KRU Studios kerana menerbitkan filem sebegini. Tapi..bila aku nak pergi tengok ni? Tak ada geng bujang dah lepas ni.

    Semua tu aku fikirkan kemudian nanti. Sekarang ni nak buat schedule untuk kembali mulakan kerja esok hari. Banyak lagi kerja yang tertangguh. Walaupun bercuti tapi masih lagi fikir pasal kerja.

    p/s : macam rasa menyesal cuti pun ada jugak, kerja masih jugak nak kena buat walaupun bercuti di rumah.

    Tetapkan niat hati


    2011 - 03.02

    Sebulan jugak tak update blog. :oups: Sibuk sangatkah aku? Sibuk apa entah. Idea banyak je sebelum ni tapi terbang hilang entah ke mana.

    ”Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”-Surah Al-’Asr

    Masa yang diberi oleh Allah itu adalah diibarat sebagai MODAL. Adakah modal itu kita gunakan sebaik-baiknya? Ku petik dari kata-kata Ustaz ketika ceramah bulanan bertemakan Sambutan Maulidur Rasul, yang diadakan khas untuk staff dan pelajar di sini.

    Anggaran tempoh tidur yang normal lebih kurang lapan jam sehari. Setelah dibuat perkiraan (cubalah kira sendiri kalau tak percaya) lebih kurang 17 tahun kita habiskan masa untuk TIDUR SAHAJA sehingga kita berumur 50 tahun.

    Sangat membazirkan? :[ Itu belum lagi dikira berapa jam untuk ‘merayau’ sekitar laman Facebook.

    Ini pula ceramah hari berikutnya di minggu yang sama, tajuk masih juga berkisarkan sambutan Maulidur Rasul tetapi diadakan di USM Kampus Kejuruteraan. Mula-mula aku tak berniat untuk pergi, apabila diajak oleh rakan sekerja, aku dengan senangnya menurutnya saja.


    Tak sia-sia sungguh, Ustaz Kazim Elias dengan loghat Perak + Penang dan ceramahnya yang boleh dikatakan setiap detik terisi dengan gelak ketawa. ;-) Setiap intipati yang disampaikan jelas dan senang diterima oleh pendengar dalam dewan tersebut. Sehingga tak sedar ceramahnya sudah hampir ke penghujung majlis. Alhamdulillah. Dalam hati ni tak henti-henti merasa syukur kerana digerakkan hati untuk ke majlis ilmu itu.

    Maka sama-samalah kita manfaatkan MODAL yang Allah bagi pada kita di dunia ini, moga di akhirat kelak kita tidak akan kerugian.

    p/s : niat hati nak kumpul koleksi kuliah dan ceramah Ustaz Kazim Elias. :-)

    by the way, comel tak smiley entry kali ni? percubaan kali pertama setelah install plugin smiley tu last week..


    Effects Plugin made by Ares Download