Air Limau
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
Seandainya musibah menimpa diri, janganlah kita tangisi dan ratapi. Cubalah lihat dari sudut lain. Sudut yang paling terang darinya. Andai kata kita punya segelas air limau, bila diminum masam rasanya tetapi jika kita tambah gula ke dalamnya, bukankah manis pula yang kita rasa?
Maka kendalikanlah diri kita dalam pelbagai kesulitan yang dihadapi. Setiap yang berlaku bukan semuanya menyedihkan, pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Senandung Al-Fatihah
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini bulan Ramadhan, marilah kita sama-sama hayati bait-bait dalam nasyid ini. Nasyid ini adalah terjemahan dari surah Al-Fatihah.
Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad
Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat
Senikata & Lagu : Ibu Fatah
Lagu ini merupakan terjemahan surah Al Fatihah.
Ditulis oleh seorang penggubah lagu terkenal di Indonesia, Ibu Fatah.
p/s : Penghayatan yang lebih mendalam kan? Tepuk dada tanyalah hati =)
Ahlan Ya Ramadhan
Posted by Waneey | Filed under myEvent
Perpaduan Teras Kejayaan
Posted by Waneey | Filed under myEvent
Sudah 51 tahun kita mengecapi kemerdekaan, Malaysia negara kita tercinta kini membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.
Ada 3 figure yang kita nampak saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat bersesuai dengan lambang “Perpaduan Teras Kejayaan”.
- Merah - Keberanian rakyat
- Putih - Kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia
- Biru - Perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia
- Kuning - Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Juga melambangkan kegemilangan atau keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Rasional logo ini adalah sumber dari http://www.malaysiamerdeka.gov.my
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DIIRINGI DENGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Let’s get busy
Posted by Waneey | Filed under myDailyLife
“Let’s get busy”. Satu kata hikmah yang boleh kita kongsi bersama makna disebaliknya.
Ayuhlah kita usir kekosongan dengan kesibukan. Pernahkah apabila kita tidak melakukan sesuatu kegiatan atau tugas, pada mulanya kita mungkin gembira kerana tiada beban kerja atau tugas yang perlu kita lakukan, tetapi tahukah kita sebenarnya kita terpaksa bersiap sedia untuk bersedih, gundah dan cemas. Dalam keadaan kosong, fikiran kita akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan masa depan yang belum kita alami.
Membiarkan diri dalam kekosongan sama halnya dengan membunuh diri dan merosakkan jiwa. Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan. Maka inilah masanya kita melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. Janganlah kita diibaratkan tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.

