• Contact
  • Archives
  • Categories
  • Happy Teacher’s Day…

    2011 - 05.16

    Kau begitu sempurna..
    Di mataku kau begitu indah..
    Kau membuat diriku..
    Akan selalu memujamu..

     

    16 Mei adalah tarikh yang senantiasa disambut oleh guru-guru di Malaysia.

    “Selamat Hari Guru.”

    “Terima Kasih, Cikgu.”

    “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk memberi ilmu kepada anak didiknya.”

     

    2009 :
    Kalau sebelum ini aku sebagai pelajar menyambut Hari Guru untuk cikgu-cikgu yang tidak mengenal penat lelah, sabar mengajar kami yang degil dan nakal ini. Namun, hasil tunjuk ajar cikgu, aku kini bergelar guru. Walaupun hanya sekadar guru sementara, tapi gelaran guru itu aku pikul dengan penuh tanggungjawab. Bukan senang untuk menjadi guru. Pelbagai kerenah pelajar yang aku temui. Pada mulanya cukup aku perit dan terasa seperti putus asa mendidik pelajar-pelajar yang cukup degil dan nakal. Namun aku kuatkan semangat kerana mungkin perasaan sebeginilah yang dirasai oleh cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu. Hampir lima bulan mengajar, 16 Mei disambut dengan aku kali pertama bergelar guru. Perasaan seperti segala ilmu yang diberi dihargai. Ucapan Selamat Hari Guru tidak kering dibibir anak didikku.

    2010 :
    Masuk tahun kedua aku bergelar guru. Namun telah ditukarkan ke sekolah lain. Cukup aku selesa dan gembira di sekolah baru itu. Setiap sekolah pasti berbeza suasananya. Kalau sekolah sebelum ni aku seperti kurang pengalaman dalam mengajar, tapi setelah ke sekolah baru aku rasa semakin minat dengan bidang mengajar. Seperti tahun sebelum itu, setiap bulan Mei akan disambut Hari Guru. Cukup berbeza suasana dengan sebelum ini. Kalau sebelum ini, aku belum ditugas sebagai guru kelas. Setelah ditukar ke sekolah baru, disebabkan kekurangan guru, aku ditugaskan sebagai guru kelas. Sebab itu lah tahun tersebut sambutan hari guru sangat berbeza. Kelas itu pula sememangnya menjadi bualan cikgu-cikgu dengan kenakalan yang membuatkan aku sebagai guru kelas memeningkan kepala. Sudah aku bagi nasihat, marah dan pelbagai cara lagi untuk membaiki perangai buruk mereka. Satu hari aku marah sehingga menitiskan airmata kerana tak tahan dengan perangai mereka yang tak berubah-ubah. Esoknya mereka sedikit berubah. Aku terkejut. Mungkin airmata itu menjadi sentuhan yang cukup berkesan dalam hati mereka. Pada Hari Guru, sambutan yang disambut sangat meriah dengan anak didik aku yang tak putus-putus mengucap Terima Kasih Cikgu. Terasa sangat gembira.

    2011 :
    Kalau tahun sebelum ini aku bertukar sekolah. Tapi tahun ini aku bertukar jawatan. Tiada lagi suasana sekolah dan pelajar-pelajar yang aku jumpa selama dua tahun sebelum ini. Namun, jawatan kini tiada bezanya juga. Mengajar itu menjadi perkara utama. Tetapi suasana dan beban tugas cukup berbeza. Hari ini 16 Mei 2011, aku berada di rumah. Tiada lagi sambutan seperti dua tahun lalu. Rindunya aku pada suasana di sekolah dulu. 2009 dan 2010 adalah tahun yang takkan aku lupa kerana aku pernah bergelar seorang guru. “Teacher” dan “Cikgu”, panggilan anak didik kepadaku masih lagi kekal sehingga kini. Walaupun aku bukan lagi bergelar guru, tetapi dalam masa yang sama aku kini memikul tugas seperti guru juga, cuma tiada gelaran “Cikgu” dan nama jawatan juga bila disebut tak terfikir di benak fikiran tugasnya adalah sama seperti guru.

    p/s : masih lagi ada anak didik yang tak lupa wish tahun ni..hehe..suka la tgk dalam tv ni cikgu-cikgu nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..=)

    kau begitu sempurna
    di mataku kau begitu indah
    kau membuat diriku
    akan selalu memujamu

    Sejambak Ceriteraku…

    2011 - 04.24

    Tak ingin lagi
    Dan tak mahu lagi berpisah
    Bukan dengan kerelaan hati
    Penyesalan yang tiada kesudahan
    Ku tersepit dalam jerat sendiri

    Jari jemari pantas menaip setiap patah perkataan yang lancar terbit dari idea yang akan dimuatkan dalam blog yang dah berminggu-minggu tidakku serikan dengan entri terbaru.

    Kini tepat 8:01pm, tubuhku yang agak penat ingin kurebahkan ke katil namun bila ku jenguk blog, kurela korbankan sedikit masa dengan memuatkan apa yang berlaku disekelilingku dalam beberapa minggu ini.

    Dengan tugas yang bertambah untuk kupikul sekali tanggungjawab Ketua Bahagian yang sedikit demi sedikit seumpama akan bertukar tangan tanggungjawab tersebut kepadaku. Sudah bersediakah aku? Aku masih perlukan Puan Ketua Bahagian untuk bersamaku berjuang menerajui bahagian kami itu. Harap-harap tiada penyerahan tanggungjawab ini dalam masa terdekat. Aku masih belum bersedia untuk menerima sepenuhnya.

    Dalam entri lepas, perancangan untuk membeli barang-barang kelengkapan rumah telah berjaya aku laksanakan hujung minggu lepas. Terima kasih kepada mama dan abah kerana berkorban masa untuk bersama anak sulung mereka yang terkapai-kapai selesaikan pasal kereta dan juga mencari barang-barang.

    Orang akan kata aku anak manja. Mungkin. Tapi percayalah aku cuma rindukan mama dan abah. Dan juga perlukan sokongan dari mereka tatkala aku bersendirian di rantauan. Pernah seorang kakitangan di sini berkata,

    “Kau seorang je lagi tak kahwin. Tengok orang lain, senang hati je bila dah kahwin. Rugi kau tak kahwin.”

    Semua yang berada ketika itu gelak mendengar kenyataan itu. Aku hanya mampu diam dan tersenyum tawar. Bukan aku tak suka dengar ayat-ayat sebegitu, tapi aku dah jemu dan malas nak dengar.

    Hujung minggu seterusnya, telah kusangka namaku tercalon untuk menjadi AJK Kembara membawa pelajar pergi berkhemah. Mulanya hanya aku pengajar perempuan yang akan terlibat kerana lagi dua orang pengajar perempuan menarik diri atas sebab yang munasabah. Syukur aku ajak Siti untuk ikut bersama setelah aku mendapat tahu suaminya ada kerja hujung minggu tersebut.

    Bila ikut sama aktiviti macam ni teringat zaman belajar dulu. Hari terakhir sebelum berakhir Kembara, sempat kugamitkan kembali kenangan di Tasik Kenyir dulu, berkayak buat aku rasa puas hati pergi Kembara bersama pelajar dan pengajar-pengajar lain yang turut serta.

    Kini aku sudah berada di rumah dan akan berehat dan lena secukupnya. Kuselit sekali keghairahan aku untuk bercuti. Maklumlah dah lama tak cuti balik kampung. Tiga hari ini akan kuselesaikan tugas-tugas yang bertimbun bila nanti kupulang bercuti tiada keresahan yang mengganggu jiwa.

    p/s  : moga hari seterusnya lebih baik dari hari sebelumnya…

    My First Home

    2011 - 04.05

    Alahai berdondang sayang la pulak. Apa aku perlu buat ni? Nak terus biarkan je atau mencari sesuatu untuk hentikannya? Mata aku melilau mencari penyelesaian. Namun, aku hampa. Tiada yang aku jumpa. Bertahan sajalah. Bukan aku tak biasa berlapar di malam hari macam ni. Jangan diikutkan sangat nafsu lapar tu. Aku pun dapat rasa penambahan berat badan sekarang ni. Bilakah agaknya tuntutan elaun perjalanan aku nak masuk dalam akaun ni? Tak sabar nak beli dapur gas.

    Alamak, aku terlupa sesuatu ke? Haish… Mana boleh lupa. Janji mesti dikotakan. Aku cuba semampu yang boleh untuk Google artikel berkaitan dengan Skim Rumah Pertamaku. Tapi mungkin tak terperinci sangat atas kesuntukan masa yang aku ada untuk minggu ni. Sebelum ni aku hanya terdengar pasal ni dalam berita kat tv je. Itu pun aku tak ambil kisah sangat. Skim ni sebenarnya antara yang dibentangkan masa Bajet 2011 dan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas.

    Skim ni disasarkan untuk golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah dan bekerja di syarikat swasta.

    “SWASTA?? Aku macam mana?”

    Bagi yang bergelar penjawat awam, maaflah ya. Anda sekalian tidak layak memohon di bawah skim ini. Dengan sebab kakitangan kerajaan sudah tentu akan dapat kemudahan pinjaman yang tersendiri.

    “Ohh, begitu rupanya.”

    Bagi mereka yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan layak pinjaman 100 peratus bagi rumah RM 100,000 hingga RM 220,000 dalam tempoh maksimum selama 30 tahun. 90 peratus pembiayaan disediakan oleh pihak bank dan 10 peratus lagi oleh Cagamas Berhad yang menyediakan wang pendahuluan.

    Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Skim Rumah Pertamaku : http://www.srp.com.my/index.html

    Antara yang menjadi rujukan:

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0309&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2011

    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=575157

    http://www.drumah.com/najib-lancar-skim-rumah-pertamaku-bantu-golongan-muda-milik-rumah/2723.html

    Tak perlu aku huraikan banyak sangat rasanya. Sekarang ni apa saja maklumat yang kita ingin tahu, hanya gunakan perkhidmatan Pakcik Google tu. Dan yang paling jelas, apa yang aku ingin tahu sudah terjawab.

    p/s : “haruskah aku menangis untuk untuk mengatakan yang sesungguhnya kau lah segalanya bagi ku..” (ruth sahanaya-kaulah segalanya)

    Pindah Rumah ???

    2011 - 03.28

    Hmm..nak pindah rumah ke tidak? Dengar je orang lain keluar kuarters pergi sewa rumah kat luar, teringin jugak rasanya. Tapi…

    Sebelum tu, jom tengok barang-barang keperluan untuk rumah yang aku telah senaraikan.

    >> Tv –> Sudah beli
    >> Rice cooker –> Mama bagi..hehe..
    >> Dapur gas –> Belum beli
    >> Alatan memasak –> Belum beli
    >> Fridge –> Belum beli
    >> Hiasan rumah –> Belum beli
    >> Washing machine –> Belum beli
    >> :
    >> :

    Ini saja yang dapat disenaraikan buat masa ini.

    Untuk dalam masa terdekat ni yang penting adalah dapur gas, alatan memasak dan fridge. Kalau hujung minggu, selalu je aku keseorangan dan malas pulak tu nak keluar beli makanan, maka yang mana penting tu terpaksa masukkan dalam bajet bulan depan. Sebenarnya aku tak sabar-sabar nak hias rumah. Bila difikirkan balik aku rasa aku tahu kenapa sampai sekarang aku tak mula menghias lagi…sebab aku tak berniat nak tinggal lama kat kuarters tu sebenarnya. Hmm…

    Sambung balik bab nak pindah rumah. Sebenarnya potongan elaun rumah tu mulanya menjadi sebab utama untuk aku pindah. Kalau nak dibandingkan dengan harga sewa rumah di sekitar memang agak murah berbanding dengan potongan elaun yg telah ditolak. Seronok jugak tinggal di kuarters tapi seronok lagi agaknya kalau tinggal sewa kat luar. Itu pun kalau tinggal dalam dua atau tiga orang serumah. Memang sangat-sangat jimatlah. Setiap kediaman ada baik buruknya. Antara kebaikannya, dapat ramai jiran yang aku kenal sama-sama bekerja di bawah satu bumbung. Tapi kadang-kadang ada jugak yang bermasam muka, berebut tempat letak kereta, aktiviti mengumpat dan mengata dan lain-lain lagi. Kalau tinggal kat kuarters tak payah susah-susah nak fikir untuk beli perabot rumah. Kerusi, meja, almari dan katil telah tersedia. Tapi tak boleh pulak nak ubah-ubah dan cat kuarters ikut suka hati. Namun, andai aku nak pindah rumah, sudah tentu aku kena fikir untuk beli perabot. Hmm…

    “Kalaulah bilikku boleh jadi purple macam ni…”

    Maka, elok aku tinggal di kuarters sajalah. Lagipun hidup membujang ni tak payah nak fikir lagi pasal beli perabot dan barang-barang yang hanya membazirkan duit. Beli saja mana yang penting dulu. Tunggu bila hidup berumah tangga nanti barulah fikir balik semua ni. Tapi kalau ada duit lebih nak beli rumah tu menarik jugak. Sekarang ni orang berlumba-lumba nak beli rumah untuk aset masa depan. Tiba-tiba terfikir pasal Skim Rumah Pertamaku.

    p/s : Next entry nak buat post pasal Skim Rumah Pertamaku

    Hmm..nak pindah rumah ke tidak? Dengar je orang lain keluar kuarters pergi sewa rumah kat luar, teringin jugak rasanya. Tapi…

    Sebelum tu, jom tengok barang-barang keperluan untuk rumah yang aku telah senaraikan.

    Tv        –> Sudah beli
    Rice cooker    –> Mama bagi..hehe..
    Dapur gas    –> Belum beli
    Alatan memasak    –> Belum beli
    Fridge        –> Belum beli
    Hiasan rumah    –> Belum beli
    Washing machine    –> Belum beli
    :
    :

    Ini saja yang dapat disenaraikan buat masa ini.

    Untuk dalam masa terdekat ni yang penting adalah dapur gas, alatan memasak dan fridge. Kalau hujung minggu, selalu je aku keseorangan dan malas pulak tu nak keluar beli makanan, maka yang mana penting tu terpaksa masukkan dalam bajet bulan depan. Sebenarnya aku tak sabar-sabar nak hias rumah. Bila difikirkan balik aku rasa aku tahu kenapa sampai sekarang aku tak mula menghias lagi…sebab aku tak berniat nak tinggal lama kat kuarters tu sebenarnya. Hmm…

    Sambung balik bab nak pindah rumah. Sebenarnya potongan elaun rumah tu mulanya menjadi sebab utama untuk aku pindah. Kalau nak dibandingkan dengan harga sewa rumah di sekitar memang agak murah berbanding dengan potongan elaun yg telah ditolak. Seronok jugak tinggal di kuarters tapi seronok lagi agaknya kalau tinggal sewa kat luar. Itu pun kalau tinggal dalam dua atau tiga orang serumah. Memang sangat-sangat jimatlah. Setiap kediaman ada baik buruknya. Antara kebaikannya, dapat ramai jiran yang aku kenal sama-sama bekerja di bawah satu bumbung. Tapi kadang-kadang ada jugak yang bermasam muka, berebut tempat letak kereta, aktiviti mengumpat dan mengata dan lain-lain lagi. Kalau tinggal kat kuarters tak payah susah-susah nak fikir untuk beli perabot rumah. Kerusi, meja, almari dan katil telah tersedia. Andai aku nak pindah rumah, sudah tentu aku kena fikir untuk beli perabot. Tapi tak boleh nak ubah-ubah dan cat kuarters. Hmm…

    Maka, elok aku tinggal di kuarters sajalah. Lagipun hidup membujang ni tak payah nak fikir lagi pasal beli perabot dan barang-barang yang hanya membazirkan duit. Beli saja mana yang penting dulu. Tunggu bila hidup berumah tangga nanti barulah fikir balik semua ni. Tapi kalau ada duit lebih nak beli rumah tu menarik jugak. Sekarang ni orang berlumba-lumba nak beli rumah untuk aset masa depan. Tiba-tiba terfikir pasal Skim Rumah Pertamaku.

    p/s : next entry nak buat post pasal Skim Rumah Pertamaku…


    Effects Plugin made by Ares Download