• Contact
  • Archives
  • Categories
  • Bajet Bijak Bajet

    2011 - 01.31

    Terasa seperti tercucuk jarum yang menusuk ke dalam kalbu. Ouchh!!! Perit. Pedih. Berdenyut-denyut. Aku tunduk menahan kesakitan. Nafas aku bagaikan tersekat-sekat. Titisan jernih mulai meniti di bibir mata aku.


    Aku cuba untuk berdiri dan kutahan sakit yang makin membengkak, aku juga cuba untuk menghirup udara dengan nikmat yang diberi oleh Ilahi. Alhamdulillah. Terlupa seketika akan kesakitan itu.

    Cukup-cukuplah Cik Kiah oii, tak payah dilayan sangat perasaan yang tak menentu tu. Hehe.. Sedar tak sedar gaji dah masuk. Asal ada duit, mesti penggunaannya lebih pada keinginan dan bukan pada keperluan. Sememangnya sudah menjadi lumrah. Maka, dengan rasminya aku melantik diri aku sendiri untuk menjadi pengurus kewangan peribadi. Bulan lepas sempat aku buat senarai bayaran bil dan perbelanjaan harian.


    Duit yang patut keluar :

    Astro

    MARA

    Bil Elektrik

    Celcom

    Maxis

    BabyVi

    Mama

    Abah

    Duit yang keluar untuk disimpan :

    ASB

    Bank Islam (tabungan untuk bayaran Road Tax)


    Petang tadi, dengan selamatnya duit yang patut keluar tu dah pun selesai dibayar. Tinggal saja untuk disimpan. Bulan lepas tak tercapai hasrat nak menyimpan. Bulan ni agak-agaknya tercapai tak? Harap-harap tercapailah. Kadang-kadang, pernah tak kita rasakan kenapalah duit kita selalu saja tidak mencukupi. Dekat tengah-tengah bulan je duit dah kering. Kira beruntunglah nasib kita tak seteruk mereka yang keretanya kena tarik atau rumahnya kena sita. Tiba-tiba aku teringat pasal ceramah agama pagi tadi, Ustaz ada beritahu betapa susahnya orang sekarang dan tiada keikhlasan dalam memberi sedekah. Tangan terketar-ketar nak menghulurkan duit masuk ke dalam tabung derma. Sengaja dilambat-lambatkan memilih duit kertas berwarna merah, hijau atau biru. Paling teruk lagi masuk balik duit kertas tu dalam wallet dan diganti dengan duit syiling. Cuba fikir balik duit asyik tidak cukup, pasti ada sesuatu yang tak kena. Hidup ini nak kena ada keberkatan dariNya. Harap-harap apa yang kita lakukan diberkati olehNya. InsyaAllah.

    Lelaki bertopeng dunia maya

    2011 - 01.23

    Merayau-rayau tanpa perlu berjalan? Hanya yang aku perlukan adalah my little pink mouse untuk aku sebebasnya singgah di mana-mana saja aku suka. Hujung minggu ni sememangnya banyak aku habiskan masa menghadap my lappy. Memang kena pada masanya, adik angkatku berkongsi satu blog yang agak menarik.

    The Other Khairul, buat aku semaaangat sangat untuk terus menyelongkar entri-entri dalam blog tersebut. Menarik sangat ke blog mamat ni? Tak tahu lah nak kata apa. Dan apa yang aku boleh katakan blog ni buat aku tergelak seorang diri dan kadang-kadang buat aku sakit hati dan kadang-kadang buat aku berfikir lebih jauh dan kadang-kadang boleh pulak aku terfikir yang mamat ni macam hero dalam novel. Entah macam mana aku boleh sampai ke situ terfikirnya, padahal dalam blog tu mamat ni suka sangat kritik perempuan.

    Kita tinggalkan dulu cerita pasal blog Mr.K. Ada yang lagi menarik untuk aku berkongsi hujung minggu kali ni. Panjang pulak cuti Thaipusam minggu ni. Bukan aku nak sangat cuti tu pun, tapi sebab pelajar-pelajar kat sini ramai yang sambut Thaipusam, maka diumumkan cuti. Namun sabtu depan bakal digantilah cuti tersebut. Kalau diikutkan perancangan, ada kerja yang perlu aku selesaikan. Tapi, sebab kebosanan yang membuak-buak, aku bersama Siti keluar tengok wayang.


    Ikutkan hati nak tengok The Tourist, tapi bila sampai nak beli tiket kami tukar fikiran untuk tengok The Red Eagle. Lepas beli tiket, Siti tanya aku, “Kenapa murah je tiket ni? Padahal cerita baru kan?” Aku hanya menggeleng-geleng dan kami terus menuju kepada papan iklan, rupa-rupanya cerita yang kami sangkakan dari hollywood tetapi dari thaiwood. Nak buat macam mana, tiket sudah beli.

    Apa yang memeranjatkan kami bila masuk panggung, kosong. Tapi dah agak terlewat juga kami masuk. Beberapa minit terdengar dua atau tiga orang lagi masuk. Kami cuba paksa diri juga untuk tengok cerita yang sememangnya sangat menyesal terbeli tiket tu. Permulaan cerita tak menarik sangat pun, tapi bila dah sampai ke kemuncak cerita, makin menarik pulak. Aksi lawan-lawan, bunuh-membunuh, lawak pun ada jugak,tapi yang bab ending tu sangat tak puas hati je. Dalam tengah asyik menanti hero menyelamatkan heroin, keluar tiga patah perkataan. “...to be continued“. Aku pandang Siti. “Dah habis ke?” Tanya aku pada Siti. Heroin belum diselamatkan lagi. Ketua penjahat yang paling dahsyat pun belum ditewaskan lagi. Sungguh tidak aku puas hati. Ada sambungan pulak filem ni.

    Sudahlah aku membebel. Berbalik semula pada kisah Mr.K. Tak tahu lah apa yang merasuk minda aku ini untuk aku mengetahui profil peribadi Mr.K yang sebenarnya, walaupun dia seakan hero The Red Eagle yang hanya bertopengkan dunia maya, tapi aku teringin sangat nak tahu siapakah kau duhai Mr.K?

    Alamak! Cukup-cukuplah aku fikir pasal Mr.K yang sangat pelik tu. Bil elektrik aku sudah capai amaun yang tidak lagi dibiayai oleh kerajaan Malaysia. Baru nak berangan tak perlu bayar bil elektrik. Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah kurangkan penggunaan lampu pada waktu malam ketika tidur. Selamat menjimatkan tenaga elektrik.

    Masih Baru

    2011 - 01.18

    Macam rasa tertekan. Tapi apa yang menekan? Untuk apa ditekankan? Adakah ini dinamakan tekanan? Entah lah. Tiada ilmu, dikatakan bodoh. Ada ilmu, dikatakan cerdik. Tapi adakah atau bolehkah ilmu itu dipraktikkan dalam apa yang sedang dilakukan?


    Beberapa hari ini aku agak sibuk untuk persediaan mengajar dan juga kerja-kerja yang lain. Masih lagi kekok. Masih banyak yang perlu dipelajari. Ya, memang aku memerlukan kursus dan kemahiran untuk semua ini.

    Alhamdulillah. Andai ini ujian yang perlu aku lalui, aku redha. Kucuba sedaya upaya yang termampu. Mungkin ini untuk aku belajar bagaimana menghadapainya dengan kemampuan diri sendiri. Pada mereka yang telah banyak membantu, terima kasih kuucapkan.

    Tak dapat dinafikan aku teringat suasana di sekolah dulu. Kenangan gelak, ketawa, sedih dan duka dikongsi bersama. Tidak mengira pangkat tinggi atau rendah, semuanya sama. Tapi, sangat berbeza dengan sekarang, dengan tanggungjawab untuk menyelia mereka yang lebih berpengalaman dari aku, sedangkan aku masih terpinga-pinga dengan suasana baru, sangat-sangat menyerabutkannnn…

    Nak menyelit lagi lah sikit pasal tudung yang beli online dari Radiusite. Baru saja sampai tadi. Gembira lah juga walaupun dalam kekalutan melanda. Sangat puas hati sebab tudung dan juga shawl kat Radiusite cantik-cantik dan proses penghantaran yang terbaik.

    p/s : teringin kuseru nama itu dan datanglah terbang padaku dikala aku ketidakstabilan emosi ini.

    Kuintai dikau dari tirai maya

    2011 - 01.15

    Sedar tak sedar sudah dua minggu masuk tahun baru. Kini aku lebih menumpukan pada kerja yang baru aku miliki ini. Baru ke? Entah lah baru ke tak. Tapi sudah dua bulan aku di sini dan masih mencuba menyesuaikan diri dengan suasana kerja baru.

    Dua hari lepas, seperti biasa pukul lapan malam aku berada di atas kerusi menghadap komputer riba yang sudah mencapai umur 6 tahun, Alhamdulillah masih lagi kuguna kudratmu wahai komputer riba kesayanganku. Dalam keasyikan aku melayari dunia maya baru tersedar aku berada di ruang tamu di kuarters. Tiba-tiba teringat kampung halaman dan kerinduan yang membuak untuk pulang ke rumah. Di sebelah kiri aku, televisyen sengaja aku pasang walaupun aku tidak bertumpu sangat pada berita yang disampaikan dalam Buletin Utama TV3. Tiba-tiba aku ambil remote control, aku tukar ke siaran TV9. Wahhhh!!! Aku tergamam sekejap. “Zahiril Adzim” Itu sahaja yang mampu aku ucap ketika itu. Terus aku alihkan perhatianku pada televisyen.

    6 Progresif. Itulah tajuk cerita yang ditayangkan di TV9 setiap Khamis, jam 8.30 malam. Secara kebetulan malam tersebut adalah episod pertama ditayangkan. Maka sudah tentulah setiap Khamis malam aku bakal terpacak depan televisyen untuk melihat Zahiril.

    Setelah selesai episod pertama 6 Progresif, aku segera kembali bertumpu pada komputer riba kesayanganku. Sudah terpampang tema biru putih bagi laman sosial yang sangat popular, aku terus memberi komen di dinding muka laman sosial milik Zahiril. Kuharap dia membacanya nanti. *Tersenyum sendirian*


    Dan memang sah dia telah membacanya kerana dia sudah membalas komen tersebut. Walaupun hanya sepatah tapi ianya jelas Zahiril sangat menghargai setiap komen yang ditinggalkan oleh peminat-peminatnya yang hampir kebanyakannya adalah perempuan. *Tersenyum lagi* Aku juga perempuan. Hehehe…

    Nak menyelit juga lah kisah BabyVi aku yang sudah hampir sebulan tak hantar mandi-manda. Pagi tadi sempat aku bawa juga dia bermandi-mandian. Baru puas hati aku. Bersih dan berkilat. Tiada lagi kesan-kesan comot yang selalu dilakukan oleh burung merpati yang beranak-pinak di kawasan kuarters aku itu.

    p/s : sebenarnya emosi kini tidak stabil tapi cuba aku taipkan juga beberapa patah perkataan dalam entri kali ini.


    Effects Plugin made by Ares Download